15%

SAYAP SENJA

RM12.75

Padam

Penerangan

Kumpulan sajak ini adalah karya terbaharu Arbak Othman yang banyak menyentuh soal kehidupan dan alam. Beliau banyak menggunakan metafora untuk menggambarkan perlakuan manusia menghadapi kepelbagaian cabaran dalam menghadapi arus moden. Sajaknya bukan sahaja menulis tentang hidup melalui pengamatannya dan menyatakan keluh kesahnya, tetapi sesekali menyindir manusia supaya tidak lalai dan kembali kepada alam dan Tuhan untuk mencapai kesempurnaan. Arbak Othman telah berkecimpung dalam penulisan puisi sejak di sekolah menengah lagi. Puisinya yang pertama telah disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu (1972), & seterusnya dalam akhbar Utusan Malaysia, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan Dewan Sastera (DBP). Beberapa esei kajian dan kritikan puisi berhasil diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera, Malay Literature dan Jurnal Bahasa (DBP), majalah Akar (Pustaka Nusa), jurnal Pemikir (Utusan Melayu Press), jurnal Bahana dan Pangsura (Brunei Darussalam), majalah Wadah (DBP cawangan Sabah)

Maklumat

No. Produk
899320050201149089740101
No. ISBN/ISSN
9789834908973
Tarikh Terbit
29 Ogo 2016
Muka Surat
132
Penulis
Arbak Othman
Berat (Versi Cetak)
0.16kg