RUYUP

RM18.00

Padam

Penerangan

Ruyup memaparkan konflik yang berlaku antara Kidam, ketua kampung Gunung Bayu, dengan anak buahnya. Kekayaan yang diperoleh Kidam dengan cara yang tidak jujur telah menyebabkan dirinya dihimpit dengan pelbagai masalah. Akibatknya, dia bukan sahaja kehilangan harta benda, tetapi juga persahabatan dan rasa hormat daripada anak buahnya. Novel ini mengambil latar zaman darurat dengan pelukisan kehidupan penduduk desa Gujung Bayu, yang jauh di pedalaman dan berhampiran hutan rimba tempat bersarangnya pengganas komunis. Penduduk desa Gunung Bayu bukan sahaja berjuang untuk menyelamatkan hasil tanaman mereka daripada serangan binatang rimba, tetapi juga mempertahankan keselamatan desa daripada ancaman pengganas komunis yang bermaharajalela. Ruyup turut mengangkat corak kehidupan warga desa seperti memugar hutan rimba, berdenak tekukur, menjala ikan di rimba, menggetah burung dan menanam padi huma, serta tentang cara berfikir dan cita-cita hidup mereka.

Maklumat

No. Produk
899320050201162043640104
No. ISBN/ISSN
9789836204363
Tarikh Terbit
04 Nov 2015
Muka Surat
235
Penulis
Shaari A.B
Berat (Versi Cetak)
0.20kg