Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

RAHSIA DAN HIKMAH UJIAN ALLAH

Penulis: Faisal Ahmad Shah

Rahsia dan Hikmah Ujian Allah mengupas persoalan ujian Allah SWT ke atas manusia berdasarkan al-Qur’an dan hadith. Islam menganggap ujian Allah SWT sebagai sunnatullah yang pasti berlaku dalam kehidupan manusia seharian. Hal ini disebabkan dunia ialah medan ujian dan manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan bagi menguji keteguhan iman seseorang itu. Persoalannya, apakah matlamat dan tujuan sebenar Allah SWT menguji manusia, sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau kesusahan?

Persoalan ini akan dikupas dengan terperinci berdasarkan hujah ilmiah yang disokong oleh al-Qur’an dan hadith. Antara ujian yang sering dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah bencana alam, iaitu banjir, kemarau, gempa bumi. tanah runtuh dan sebagainya. Hakikatnya, bencana alam tersebut ada kaitannya dengan ujian Allah SWT. Oleh hal yang demikian, setiap Muslim perlu memiliki sifat sabar dan tawakal dalam menghadapi pelbagai ujian ini bagi menjamin kemantapan dan keteguhan akidah.

Original price was: RM20.00.Current price is: RM17.00.

Butiran Produk

No. Produk
297320050201146197140101
No. ISBN
9789834619718
Tarikh Terbit
24 Jan 2017
Bil. Halaman (ms)
156
Penulis
Faisal Ahmad Shah
Berat (Versi Cetak)
0.20kg