Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

PULAU TANPA CINTA

Penulis: Jasni Matlani

Novel berlatarbelakangkan Pulau Pandora ini mengisahkan tentang Muhammad Iqbal, seorang penulis, yang diburu Tuan Presiden hanya semata-mata kerana karya yang dihasilkannya bertentangan dengan kehendak pemerintah. Dia akhirnya ditangkap. Semasa dalam tahanan, dia mendapat seksaan yang luar biasa daripada pihak polis Pulau Pandora. Namun demikian, semangatnya tetap membara dalam melawan tirani. Dia tidak mudah menyerah kalah. Walau apa pun yang berlaku, selagi hayat masih dikandung badan, dia bertekad untuk terus berkarya dan menyuarakan kebenaran. Bagi seorang penulis, cara yang terbaik untuk berperang adalah dengan menulis. Hanya penulis yang hebat dapat mengharungi cabaran getir dan menemukan metafora yang sempurna untuk monumen bangsa dan negaranya. Muhammad Iqbal denga rela hati dan penuh keberanian mempertaruhkan nyawa, demi perjuangan dan idealisme yang diyakini dan dipertahankannya.

RM20.00

Butiran Produk

No. Produk
899521114264102
No. ISBN
9789834614263
Tarikh Terbit
13 Mac 2014
Bil. Halaman (ms)
384
Penulis
Jasni Matlani
Berat (Versi Cetak)
0.34kg