Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PERIHAL AYAT DALAM BAHASA MELAYU

Penulis: KHO THONG ENG

Ayat merupakan aspek linguistik yang amat penting. Sebagai bentuk binaan sintaksis yang paling besar, ayat menampilkan hubungan yang berselirat dan saling berkait antara aspek fonologi, morfologi dan sintaksis.

Oleh itu, pengkajian tentang ayat menuntut kita untuk meneroka dan menganalisis
pelbagai aspek kewujudannya, iaitu bentuk binaannya, jenisnya, ragamnya, susunannya dan penerbitannya. Ayat juga perlu kita lihat dari segi struktur permukaan dan struktur dalamannya serta hubung kait antara kedua-duanya.

Sudah tentu usaha untuk mengupas ayat lapis demi lapis dengan sepenuh hati dan sedaya upaya menyajikan himpunan ilmu yang kaya dan menarik untuk
kita kenali rahsianya.

Bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa utama di dunia menawarkan potensi yang menarik untuk dikaji dan didalami agar bahasa tersebut terus menjadi mutiara yang memukau hati dan wangian yang terus merangsang minda para penggunanya. Dengan usaha berkesinambungan yang tidak mengenal penat lelah, sudah pastilah bahawa bahasa Melayu akan semakin gemerlap sinarnya di persada dunia.

Buku Perihal Ayat dalam Bahasa Melayu ini menyajikan sejumlah rencana analisis terkini tentang tatabahasa bahasa Melayu, khususnya dari segi sintaksis. Semua rencana tersebut sudah disiarkan dalam ruangan Cemerlang Bahasa, portal jendeladbp.my atau dimuatkan dalam majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Himpunan rencana tersebut telah disusun semula dan dikemaskinikan untuk dijadikan sajian yang bermakna kepada para pembaca yang budiman.

Price range: RM16.00 through RM19.55

No. Produk: 499320050201149470840101-jendela Kategori: Tag:

Butiran Produk

No. Produk
499320050201149470840101
No. ISBN
9789834947088
No. eISBN
978-983-49-5581-6
Tarikh Terbit
30 Dis 2024
Bil. Halaman (ms)
231
Penulis
KHO THONG ENG
Berat (Versi Cetak)
0.28kg
Saiz PDF
5 MB