15%

PENGENALAN SAINS TAUHIDIK (KK)

RM34.00

Padam

Penerangan

Pengenalan Sains Tauhidik merupakan sebuah buku yang menarik, berjaya mengupas persoalan yang sering kali ditimbulkan oleh masyarakat; antaranya, persoalan tentang sains dan masyarakat, tentang sains dan agama, tentang ibadah yang dilakukan oleh umat Islam melalui penerangan saintifik, tentang isu yang berhubung dengan atom, pembentukan cakerawala, dan kejadian manusia dan alam. Persoalan ini sekiranya dapat dijelaskan secara saintifik akan dapat meningkatkan keyakinan, ketakwaan dan keimanan. Buku ini ditulis menggunakan pendekatan tanya jawab. Persolan dijawab secara mudah tetapi penuh fakta dan hujah ilmiah. Buku ini berjaya mengupas idea Sains Tauhidik yang diketengahkan oleh penulis, iaitu pendekatan untuk memahami tabii alam, sama ada alam fizikal, alam haiwan, alam tumbuhan dan manusia berpaksikan ajaran agama. Buku ini akan membantu pembaca mencari penyelesaian terhadap kekusutan dan kesalahfahaman tentang sains dan agama.

Maklumat

No. Produk
297320000201346152240102
No. ISBN/ISSN
9789834615222
Tarikh Terbit
07 Mac 2016
Muka Surat
308
Penulis
Mohd Yusof Hj Othman
Berat (Versi Cetak)
0.53kg