PENDIDIKAN ANAK DI RUMAH PENGLIBATAN IBU BAPA
RM18.00
Sinopsis
Tiada perkara yang lebih istimewa bagi seseorang ibu bapa daripada melihat anak-anak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan meniti masa hadapan yang cerah. Makna di sebalik kecemerlangan ini tidak hanya bergantung pada berkat usaha anak dan pengorbanan guru di sekolah, malah ibu bapa turut memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan anak di alam persekolahan. Dalam hal ini, penglibatan ibu bapa membantu pendidikan anak di rumah amat penting dalam merungkai makna kecemerlangan pendidikan anak yang dapat dicapai di sekolah. Banyak ibu bapa mengetahui keperluan penglibatan dalam pendidikan anak tetapi tidak ramai yang menyedari kepentingan penglibatan dalam pendidikan anak masing-masing. Realitinya, lebih tinggi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak di rumah maka lebih tinggi pencapaian pendidikan anak di sekolah. Bak kata pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”