Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI

Penulis: Leyla Shuri

Watak utama dalam novel ini ialah Midori, seorang remaja Jepun yang masih bersekolah menengah atas. Persekolahannya serta rakan-rakan yang lain, termasuk Yuriko dan Akiko, terganggu akibat perang. Begitu juga dengan adik Midori, Taiyo. Abang Yuriko yang bernama Kawamoto Masatoshi pula dikerah menjadi askar. Ibu dan bapa Midori, iaitu Sayaka dan Yukichi Fukuhara, meninggal dunia akibat bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima. Begitu juga dengan ibu Yuriko. Midori dan adiknya terpaksa meneruskan kehidupan mereka. Dengan sedikit wan peninggalan ayahnya, Midori membuka kilang menjahit pakaian bersama-sama Yuriko. Di Malaya, Masatoshi Kawamoto dan kumpulannya mendarat di Kelantan. Sejak Jepun merampas pemerintahan dari British melalui perang, Jepun telah berkuasa dan berlaku zalim terhadap penduduk Malaya. Walaupun pemerintahan Jepun tidak lama, tetapi kesannya amat besar. Hideyuki merupakan lambang pemerintahan Jepun yang rakus dan zalim.

Original price was: RM30.00.Current price is: RM25.50.

Butiran Produk

No. Produk
899521114044102
No. ISBN
9789834614041
Tarikh Terbit
28 Ogo 2015
Bil. Halaman (ms)
619
Penulis
Leyla Shuri
Berat (Versi Cetak)
0.54kg