NOVEL SEJARAH: DI BAWAH LANGIT IHSAN
Di Bawah Langit Ihsan mengisahkan sejarah negeri Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Sepanjang pemerintahannya, baginda berhadapan dengan pelbagai konflik yang mengganggu-gugat keamanan negeri. Perebutan daerah Kelang antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah, pelantikan Tengku Kudin sebagai Wakil Yamtuan dan peristiwa rompakan laut di perairan Selangor benar-benar menguji pentadbirannya. Oleh itu, baginda telah menangani konflik secara aman dengan Inggeris untuk mengelak peperangan antara kedua-dua belah pihak. Baginda juga bersikap belas kasihan, lemah-lembut dan ihsan ketika menghadapi semua kemelut tersebut demi kesejahteraan rakyat.
“Di bawah langit ihsan ini, dia berharap anak cucu cicitnya akan terus memerintah negeri berdaulat ini dengan penuh belas, rahmat dan ihsan!”
Original price was: RM21.00.RM13.00Current price is: RM13.00.





