NOVEL REMAJA: ANAK KEJAMAN LONG SEGAHAM

RM18.00

Padam

Penerangan

Mengisahkan Edas, remaja daripada suku kaum Kejaman yang tinggal di Long Segaham, Belaga, Sarawak. Edas bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Kesempitan hidup setelah kematian bapanya dan hinaan bapa saudaranya tidak melemahkan semangat Edas dalam mencapai cita-citanya. Edas menampung hidupnya dan ibunya dengan mencari sarang burung walet. Edas dibantu oleh Tip, sahabat karibnya. Cita-cita Edas semakin dapat digapai apabila dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan. Namun, dugaan menimpa apabila Tip meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mencari sarang burung walet bersama-sama dengannya. Semangat juang Edas hampir tergugat. Bagaimanakah Edas menghadapi kemelut yang membelenggu dirinya; kemiskinan keluarganya; kemunduran etniknya; harapan ibu dan mendiang ayahnya serta wasiat sahabatnya demi menggenggam kejayaan dalam melunaskan amanah untuk anak bangsa?

Maklumat

No. Produk
899320050201149127430101
No. ISBN/ISSN
9789834912741
Tarikh Terbit
27 Jan 2017
Muka Surat
225
Penulis
Dahiri Saini
Berat (Versi Cetak)
0.17kg