NOVEL KANAK-KANAK: SAYANG IBUKU SAYANG

RM11.00RM13.00

Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP sahaja dan TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

Sinopsis

Kebahagiaan hidup Nani, kanak-kanak berusia 12 tahun, terganggu apabila Nani terdengar perbualan antara ibunya dengan Mak Cik Noimi, sepupu ibunya. Sejak mendengar perbualan tersebut, keinginan Nani untuk mengetahui siapakah ibu dan bapa kandungnya membuak-buak. Enggan melukai hati ibu yang memeliharanya, Nani mendapat idea untuk membuat pencarian ibu dan ayah kandungnya melalui Facebook. Hati Nani berbunga-bunga apabila menerima pesanan daripada peti pesanan mesej Facebook, seorang lelaki bernama Uncle Tom boleh menemukan Nani dengan ayah dan ibu kandungnya di Kota Kinabalu. Tanpa menghiraukan nasihat kakaknya, Ally, Nani ke Kota Kinabalu bersama-sama Sudin. Adakah Uncle Tom benar-benar ikhlas membantu Nani? Adakah Nani berjaya bertemu dengan ayah dan ibu kandungnya? Kesudahan cerita penuh emosi ini boleh diketahui dalam novel Sayang Ibuku Sayang.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149305220101
No. ISBN
9789834930523
Tarikh Terbit
22 Okt 2021
Bil. Halaman (ms)
101
Penulis
KATHIRINA SUSANNA TATI
Berat (Versi Cetak)
0.11kg
Saiz Buku Audio
121 MB