15%

MENYINGKAP GEJOLAK RASA DAN CITRA AZMAH NORDIN

RM15.30

Padam

Penerangan

Azmah Nordin ialah figura sastera tanah air yang tidak asing lagi. Penerima S.E.A. Write Award 2009 ini sering kali tampil membawa dimensi baharu pengkaryaan dengan penumpuan terhadap watak-watak dan teknik penceritaannya yang gemar akan gaya aliran bawah sedar. Buku ini ialah satu tinjauan terhadap beberapa buah novel Azmah Nordin, iaitu Kukui, Dari Dalam Cermin, Dukanya Abadi, Pantai Kasih, Debur Menerpa, Awang Kirana Mudir Besar dan Menongkah Lumrah, yang mengguna kan psikoanalisis Sigmund Freud yang disejajarkan dengan psikologi Islam. Penelitian terhadap novel-novel tersebut mengangkat pemikiran serta citra watak-watak ciptaan Azmah Nordin yang sarat dengan gejolak dan keinginan untuk diberi perhatian. Kreativiti yang ditunjukkan oleh Azmah Nordin dalam memaparkan watak-watak yang terlibat menerusi gelora jiwa, fikiran dan tindak-tanduk watak disebatikan oleh beliau dalam satu ruang kesedaran, prasedar dan bawah sedar.

Maklumat

No. Produk
899320050201149157940101
No. ISBN/ISSN
9789834915797
Tarikh Terbit
12 Okt 2018
Muka Surat
221
Penulis
Asmiaty Amat
Berat (Versi Cetak)
0.30kg