15%

MAQASID AL-SHARI`AH: KONSEP DAN PELAKSANAAN

RM25.50

Padam

Penerangan

Memahami maqasid al-shari’ah tidak akan tercapai dengan hanya melihat kepada aplikasinya dalam literatur sarjana muslim semasa. Begitu juga tidak dapat dikuasai hanya dengan menelaah konsep yang diwacanakan oleh ulama silam dalam karya-karya hebat mereka. Maqasid al-Shari’ah merupakan satu disiplin ilmu yang sangat luas dan memiliki medium perbahasan yang sangat komprehensif, semasa serta mencakupi seluruh kehidupan manusia. Kefahaman tentang maqasid al-shari’ah yang mendatar dari sudut konsep dan pelaksanaan menjadikan solusi yang dikemukakan pincang lagi tempang. Buku yang berjudul “Maqasid al-Shari’ah: Konsep dan Pelaksanaan” ini menghubungkan antara dua dimensi yang sangat penting. Konsep maqasid al-shari’ah yang dibahas oleh para sarjana silam dinukilkan secara amanah serta diadunkan dengan pelaksanaan dan keperluan semasa untuk menghasilkan satu kefahaman yang sangat berguna kepada pembaca.

Maklumat

No. Produk
340320050201149213640101
No. ISBN/ISSN
9789834921361
Tarikh Terbit
27 Okt 2021
Muka Surat
276
Penulis
Mohammad Zaini Yahaya/Anwar Fakhri Omar/Md Yazid Ahmad
Berat (Versi Cetak)
0.33kg