KUMPULAN PUISI : RAHANG LAHAR

RM19.00

Padam

Penerangan

Rahang Lahar merupakan himpunan 91 puisi hasil karya Marzuki Ali yang ditulis sekitar tahun 1988 hingga tahun 2008. Puisi-puisi yang merangkumi persoalan kepimpinan dan protes terhadap isu-isu semasa seperti keagamaan, kebahasaan, bencana dan kemanusiaan ini hampir keseluruhannya berlarik panjang dan amat sesuai untuk dideklamasi. Ia dibahagikan kepada empat fasa, iaitu “Tutur”, “Tabah”, “Semah” dan “Panggang”. Sebagai seorang yang kaya dengan pengalaman hidup, pengarang secara halus dan kreatif cuba meluahkan rasa demi menyedarkan manusia supaya sentiasa insaf dan sedar akan kekerdilan diri apabila berhadapan dengan kekuasaan Yang Maha Berkuasa melalui setiap puisi yang dihasilkan.

Maklumat

No. Produk
899521113434102
No. ISBN/ISSN
9789834613433
Tarikh Terbit
10 Mei 2013
Muka Surat
255
Penulis
Marzuki Ali
Berat (Versi Cetak)
0.25kg