CITRA PUTERI KENYALANG
RM12.75
Penerangan
Seandainya Tanggang derhaka disumpah menjadi batu, bondamu derhaka tersumpah terkurung di hutan batu. Hati nendamu yang bonda lukai itu terlalu parah, tertikam oleh belati cinta bonda yang luka.
Catatan ibunya dalam diari usang itu sentiasa bermain-main di mindanya. Dahlia berazam menunaikan amanah ibunya untuk mencari nenek dan kakaknya, Sarah. Justeru dia nekad memilih untuk mengajar di Limbang, Sarawak dengan harapan dapat menjejaki leluhurnya. Namun, pencariannya itu terpaksa melalui pelbagai dugaan. Sikap setengah penduduk kampung yang hidup berpuak-puak dan karenah anak-anak muridnya yang terdiri daripada pelbagai etnik merupakan cabaran buat dirinya. Berjayakah Dahlia mengharungi semua cabaran tersebut demi menunaikan harapan ibunya?