KUMPULAN PUISI : AKU GURU

RM20.00

Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP sahaja dan TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

Sinopsis

Kumpulan puisi Aku Guru ini menghimpunkan 120 buah puisi yang merakamkan pengalaman serta memperlihat wawasan seorang pendidik yang lebih dari 24 tahun berusaha membawa kejayaan kepada para pelajar yang amat disayanginya. Melalui puisi-puisinya, Jais Sahok sentiasa mencuba memberi rangsangan dan motivasi dalam bentuk yang tersendiri agar pelajarnya bangkit dan maju ke hadapan walaupun hidup dibelenggu kemiskinan dan kedaifan. Bait-bait puisinya bukan sahaja ditujukan kepada para pelajar malah turut menyeru para pendidik agar menabur jasa mencurah bakti seikhlas hati demi anak bangsa dan ibu pertiwi.

…Bersama mentari pagi tidak kiralah siapa kita sama ada seorang guru biasa, seorang pengetua berjasa seorang bapa atau sekadar seorang murid muda remaja peranan kita tetap sama sentiasa bersemangat untuk merealisasikan impian pujangga kita bangsa berdaulat di negara bernama Malaysia.

Butiran Produk

No. Produk
899521214634102
No. ISBN
9789834614638
Tarikh Terbit
18 Apr 2014
Bil. Halaman (ms)
226
Penulis
Jais Sahok
Berat (Versi Cetak)
0.31kg