KAEDAH EJAAN JAWI BERDASARKAN PEDOMAN UMUM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU DEWAN
Modul Kaedah Ejaan Jawi Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan merupakan inovasi pendidikan Jawi pertama yang lengkap dihasilkan oleh barisan pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia. Modul ini menjadikan Pedoman Ejaan Jawi dan Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan asas dalam penghasilannya. Kandungan modul ini juga telah dikemas kini berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah (DSKP), kurikulum Kelas Asas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta kurikulum pengajian Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan. Modul ini telah mendapat sambutan hangat dalam pasaran dan diulang cetak sebanyak tiga kali sejak tahun 2019.
Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dalam modul ini berpandukan kehendak masyarakat yang diselarikan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kandungan dan reka bentuk modul ini turut dipertandingkan dalam kategori penyelidikan dan inovasi yang
disertai pada peringkat kebangsaan mahupun peringkat antarabangsa. Persembahan dan penyampaian buku ini adalah dalam bentuk yang santai, mudah difahami serta fleksibel digunakan dalam dimensi yang pelbagai. Bermula dengan pengenalan sejarah perkembangan tulisan Jawi, barisan penulis juga menyajikan pendekatan buku ini mengikut pengkaedahan tulisan Jawi berdasarkan kelompok kedudukan huruf, suku kata, hukum, dan penggunaan kata serapan dalam tulisan Jawi.
Lebih menarik lagi, terdapat latihan pengukuhan yang pelbagai disediakan sesuai dengan topik-topik yang dibahaskan dalam buku ini. Pembaca dapat mengimbas sendiri jawapan bagi latihan yang ada dengan menggunakan QR Code pada halaman yang berkaitan.
Penggunaan buku ini ternyata sangat mudah dikendalikan secara kendiri mahupun dengan bimbingan guru, ibu bapa, dan rakan taulan ataupun individu yang ingin memantapkan pengkaedahan Jawi mereka
Original price was: RM37.00.RM35.15Current price is: RM35.15.


