GAPURA IMAN

RM18.00

Padam

Penerangan

Dia seorang guru yang bercita-cita tinggi. Dalam masa yang sama sentiasa berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang tidak mengabaikan amanah terhadap keluarga. Malah sebagai hamba dia sering memastikan dirinya taat kepada pencipta. Namun kepelbagaian tanggungjawab yang digalas seringkali menyebabkan masa sering mencemburuinya. Tawaran kenaikan pangkat sebagai pengetua yang datang tanpa diduga ibarat bulan jatuh ke ribanya. Namun syarat yang harus dipatuhi seakan-akan menjerat leher. Dia tersepit di antara kerjaya dan keluarga kerana kedua-duanya sangat penting. Lantas dia harus memilih yang mana satu.

Maklumat

No. Produk
899521116004102
No. ISBN/ISSN
9789834616007
Tarikh Terbit
19 Mac 2014
Muka Surat
314
Penulis
W Kursiah Awang
Berat (Versi Cetak)
0.27kg