FIQH AL-HADITH SYARAH BULUGH AL-MARAM: JENAYAH DAN HUDUD
Buku Figh al-Hadith Syarah Bulugh Maram: Jenayah dan Hudud ini merupakan huraian kitab hadith alkam yang terkenal. iaitu “Bulughul Maram min Adillat al-Ahkam” tulisan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (m. 852 H). Penulis telah mengemukakan 94 buah hadith dalam Bab Jenayah dan Hudud yang disusun secara sistematik dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Setiap hadith mengandungi terjemahan lengkap, huraian terperinci tentang matan hadith, kosa kata hadith (mufradat), fiqh al-hadith dan pengajaran hadith. Selain itu, setiap hadith ditakhrijkan daripada sumbernya yang asal serta dinyatakan statusnya sama ada sahih, hasan, ataupun daif
Oleh itu, buku ini perlu dimiliki oleh setiap pencinta sunnah Rasulullah SAW kerana boleh dijadikan panduan lengkap kepada umat Islam khususnya dalam aspek perundangan. Penulis buku ini ialah Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman, seorang penulis prolifik dalam bidang hadith.
Antara karya beliau dalam bidang hadith yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka termasuklah:
- Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Jual Beli
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Haji
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Zakat dan Puasa
- Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Solat
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Solat Sunat
- Fiqh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram: Taharah dan
- Figh al-Hadith Syarah Bulugh al-Maram; Pengurusan Jenazah
Beliau merupakan mantan pensyarah kanan dalam bidang hadith di Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan.
Original price was: RM39.00.RM37.05Current price is: RM37.05.

