15%

FIKRAH KESATUAN UMMAH

RM22.10

Padam

Penerangan

Buku Fikrah Kesatuan Ummah merupakan himpunan artikel yang pernah diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian yang membicarakan hal kesatuan umat. Penulisan buku ini menganalisis tentang senario politik semasa yang mengetengahkan isu perpaduan ukhuwah Islamiah, iaitu untuk mengelakkan perpecahan antara orang Islam. Isu ini merupakan isu semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia. Peranan ulama, umara dan profesional dilihat penting dalam peranan menyantuni suasana supaya maslahat yang direncanakan tidak meminggirkan peranan umat. Kebijaksanaan, ketabahan, kesabaran, kesederhanaan dan istiqamah amat dituntut supaya yang dikejar dapat dan yang dikendong tidak berciciran. Sehubungan dengan itu, beberapa saranan tentang kriteria kepimpinan dan kepentingan integriti pemimpin berjiwa Islam turut dimuatkan di dalam buku ini. Setiap tajuk dikupas dan diperkembangkan dengan ringkas untuk memudahkan pembacaan.

Maklumat

No. Produk
2975211001354101
No. ISBN/ISSN
9789834901356
Tarikh Terbit
07 Jul 2015
Muka Surat
172
Penulis
Sidek Baba
Berat (Versi Cetak)
0.24kg