Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

DEASOKA KISAH YANG TERPENDAM

Penulis: Faridah Abdul Hamid

Kesulu, seorang gadis muda yang memegang amanah mentadbir Kampung Deasoka setelah kematian ayahnya. Tanggungjawab yang dipikul mematangkan Kesulu dan menjadikannya seorang pemimpin yang disegani. Namun, ternyata bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Kesulu terpaksa menghadapi perasaan cemburu daripada adiknya sendiri, Dalus dan penentangan daripada Tigom, antara orang yang paling dipercayainya. Kesulu terluka dalam diam. Menambah lukanya, Kesulu juga terpaksa menanggung satu rahsia yang hanya mampu ditanam jauh di dalam lubuk hatinya. Rahsia yang turut memisahkan perasaan rindu dendamnya terhadap Subungan. Rahsia yang menyakitkan zahir dan batin Kesulu. Bagaimana akhirnya nasib Kesulu? Mampukah gadis muda ini menghadapi penentangan Tigom dan mempertahankan Kampung Deasoka? Mampukah dia menahan rahsia yang terpendam itu? Semua itu akan terbongkar dalam Deasoka… Kisah yang Terpendam.

Original price was: RM25.00.Current price is: RM21.25.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201146154640101
No. ISBN
9789834615468
Tarikh Terbit
15 Jan 2016
Bil. Halaman (ms)
410
Penulis
Faridah Abdul Hamid
Berat (Versi Cetak)
0.38kg