15%

BIDALAN TENTANG MANUSIA DALAM AL-QURAN

RM17.00

Padam

Penerangan

Bidalan dan kiasan sememangnya menjadi mainan bibir masyarakat dan sering diungkap untuk mengindahkan kata ibarat. Di samping menjadi pemanis bicara, bidalan juga digunakan untuk menyampaikan maksud sindiran dan tempelak secara berhemah. Dalam tatabahasa Arab, al-Mathal seerti dengan bidalan. Bertepatan dengan kaedah bahasa, al-Mathal banyak terdapat dalam al-Qur’an dan hadith yang menjadi pegangan umat Islam sejak zaman berzaman. Pelbagai perumpamaan digunakan untuk menggambarkan sesuatu sebagai pengajaran dan iktibar berdasarkan hal yang berlaku ketika itu. Perbahasan mengenai sebab dan kesan al-Mathal terhadap masyarakat juga dikupas secara terperinci. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan penuntut institusi pengajian tinggi, para pelajar, guru bahasa, pencinta al-Qur’an juga masyarakat umum.

Maklumat

No. Produk
398521109354101
No. ISBN/ISSN
9789834609351
Tarikh Terbit
08 Apr 2015
Muka Surat
186
Penulis
Mohd Sukki Othman Arieff Salleh Rosman
Berat (Versi Cetak)
0.26kg