BERMALAM DI RUMAH TUHAN
Original price was: RM15.00.RM12.75Current price is: RM12.75.
Sinopsis
Seorang lelaki tua yang tempang sejak lahir, berkahwin dengan wanita yang cacat penglihatan, namun isterinya telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu. Suatu hari, lelaki tua itu diberitahu bahawa tanah yang didiaminya selama ini akan diambil semula oleh tuan tanah untuk dibangunkan rumah kedai. Hal ini menyebabkan dia terpaksa keluar dari kampung dan mengembara. Dengan berbekalkan ilmu agama yang dituntutnya sejak kecil, dia berniat untuk berbuat amal dengan menolong sesiapa dan di mana-mana sahaja tempat dia singgah untuk berteduh dan melelapkan mata sepanjang pengembaraannya. Pelbagai kerja amal dilakukan dengan rela hati. Oleh itu, dia disenangi oleh semua orang yang dikunjunginya. Pada suatu hari, dia terserempak dengan anak tuan tanah yang kemudian memujuknya pulang semula ke pondok dan berjanji akan memberikan sebuah rumah dan tanah lot. Berjayakah anak tuan tanah itu memujuk lelaki itu untuk kembali ke pondoknya dan menerima rumah dan tanah yang dijanjikan?