
ASRAF: RAJA BAHASA TANPA MAHKOTA (KK)
Asraf atau nama penuhnya Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul
Wahab merupakan satu fenomena dalam sejarah bahasa dan
persuratan Melayu. Tanpa kelulusan tinggi dan pendidikan
formal dalam bidang linguistik, beliau muncul sebagai tokoh
besar dalam bidang bahasa serantau. Judul biografi beliau ini
menggambarkan kehebatan luar biasa itu, iaitu “Raja Bahasa
Tanpa Mahkota”. Kecendekiaan Asraf merentas mancabidang,
iaitu selain bidang bahasa, beliau muncul sebagai tokoh sastera,
terjemahan, perkamusan dan penerbitan. Antara jasa besar
beliau termasuklah penetapan asas sistem ejaan Rumi baharu,
perumusan sistem sebutan bahasa Melayu formal, penyatuan
bahasa Melayu serantau, pejuang “Seni untuk Masyarakat”,
perintis bidang kritik sastera Melayu dan penggerak awal
bidang terjemahan sastera dan karya ilmu dalam bahasa
Melayu. Kisah hidup dan kecemerlangan Asraf ditulis oleh salah
seorang yang amat rapat dengan beliau, sebagai murid, rakan
sekerja, penulis bersama, rakan seperjuangan dan juga sebagai
anak angkat beliau, iaitu Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr.
Awang Sariyan. Mudah-mudahan biografi ini dapat menjadi
sumber motivasi kepada generasi muda di negara ini.
NASKHAH IKHLAS


