Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

AMALAN HISBAH DI MALAYSIA

Penulis: Azrin Ibrahim

Buku Amalan Hisbah di Malaysia merupakan sebuah buku yang menarik dan berjaya mengetengahkan salah satu daripada khazanah ilmu pengurusan Islam, iaitu Hisbah. Hisbah pada umumnya merupakan suatu bentuk pengawasan yang dilakukan untuk melaksanakan perintah Allah SWT menerusi seruan amar ma’ruf nahi munkar. Pelaksanannya meliputi seluruh aspek dalam kehidupan manusia dan menncakupi pelbagai dimensi sosial. Hisbah juga merupakan salah satu komponen dalam pengurusan Islam yang lahir daripada salah satu proses yang memperlengkap sesebuah aktiviti kepengurusan secara Islam. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, Hisbah telah dilaksanakan dalam sisterm pemerintahan dan pentadbiran Islam suatu ketika dahulu. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Hisbah mempunyai hubung kait yang sangat rapat dan tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti kepengurusan dan pentadbiran.

Original price was: RM15.00.Current price is: RM12.75.

Butiran Produk

No. Produk
658521114854101
No. ISBN
9789834614850
Tarikh Terbit
18 Mac 2015
Bil. Halaman (ms)
113
Penulis
Azrin Ibrahim
Berat (Versi Cetak)
0.19kg