tanaman selingan
makanan mudah rosak ciri klinikal 23072020
20 Julai 2020, 23:15

Istilah Sumber intercropping
Istilah Sasaran tanaman selingan

Tanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan.

Bidang: Pertanian

Kongsi