Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Penulis: Mohd Yusof Othman

Buku ini ialah kompilasi tujuh artikel yang membincangkan kaedah penyelidikan saintifik. Artikel pertama menghuraikan konsep dan falsafah penyelidikan sains. Artikel kedua menjelaskan panduan membaca makalah jurnal. Seterusnya, artikel ketiga memfokuskan penulisan manuskrip untuk jurnal sains. Artkel berikutnya membincangkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu diketahui oleh pelajar siswazah ketika bekerja di dalam makmal penyelidikan sains. Selain itu, buku ini membincangkan peranan pelajar siswazah dalam bidang penyelidikan sains dasn teknologi ke arah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju seiring dengan perkembangan sains dan teknologi menjelang tahun 2020. Turut dihuraikan dengan terperinci lipatan penting pelajar dalam menyediakan usulan penyelidikan dan laporan hasil penyelidikan. Artikel terakhir membincangkan dengan terperinci etika dalam penyelidikan sains.

Original price was: RM28.00.Current price is: RM23.80.

Butiran Produk

No. Produk
3615211001244101
No. ISBN
9789834901240
Tarikh Terbit
28 Jan 2015
Bil. Halaman (ms)
274
Penulis
Mohd Yusof Othman
Berat (Versi Cetak)
0.37kg