
SASTERAWAN NEGARA S. OTHMAN KELANTAN: ORANG KOTA BHARU
Siapa pernah menyangka pada zaman sebelum
merdeka, Kota Bharu ibarat syurga dunia dengan
segala pentas maksiat, samseng dan petualang
yang bertempat di Biaritz Park atau dikenali
sebagai so. Biaritz Park terkenal sebagai Paris of
Malaya. Di sinilah sarang segala kejahatan yang
muncul apabila malam menjelma. Namun, ironinya
Kota Bharu juga ialah pusat pengajian Islam melalui
pondok-pondok yang diterajui oleh ulama-ulama
terkenal. Dan Kota Bharu juga tumbuh dengan
pasar
besar sebagai pusat
komersialnya,
kilang-kilang songket serta batik terkenal, dan
kegiatan budaya yang tiada tandingnya. Orang
Kota Bharu ialah autobiografi sejarah sebuah kota
termaju di Pantai Timur, penuh dengan kisah
dramatik dan tragisnya yang tersendiri. Sebuah
novel antihero dan antiklimaks yang bangun
sebagai karya besar S. Othman Kelantan.
NASKHAH IKHLAS





