Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

NOVEL REMAJA: SENGSARA YANG HILANG

Penulis: Zainab Nawab Khan

‘Aku mesti melakukan sesuatu! Aku mesti cepat, selagi ada peluang. Tiada jalan lain kecuali melarikan diri!’

Sulaiman dan kawan-kawannya ditangkap oleh Jepun untuk menjadi kuli di kem tahanan. Sepanjang di kem tahanan tersebut, Sulaiman melihat kekejaman yang dilakukan oleh Jepun terhadap tahanan perang yang terdiri daripada askar-askar British dan Australia. Bagi mengelirukan pihak British, Jepun telah memindahkan tahanan perang tersebut ke kem tahanan yang baharu.

Perjalanan menuju kem baharu melalui hutan dan menyebabkan ramai tahanan yang jatuh sakit dan mati. Bagi tahanan yang lemah, mereka akan dibunuh kerana melambatkan perjalanan. Berjayakah Sulaiman melarikan diri dan menyelamatkan semua tahanan perang dan kuli yang ditangkap oleh Jepun? Semuanya terjawab dalam Sengsara yang Hilang.

RM14.00

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5863-3
Penulis
Zainab Nawab Khan
Saiz PDF
1 MB