SIRI HAIWAN PRIHATIN: KESUNGGUHAN SANG KUMBANG
RM7.00 – RM12.00
Penerangan
Buku ini mengisahkan dua orang adik-beradik, iaitu kumbang merah dan kumbang hijau yang bercita-cita ingin menjadi tukang masak atau cef apabila dewasa nanti. Mereka telah menyertai pertandingan memasak yang dianjurkan oleh cengkerik, iaitu tukang masak terkemuka di kawasan Tasik Biru. Sebelum hari pertandingan, kumbang merah berjumpa dengan pepatung, belalang dan lebah untuk belajar memasak dengan menggunakan keju, limau dan madu. Kumbang merah berusaha mendapatkan pelbagai resipi yang lazat daripada serangga-serangga tersebut. Manakala, kumbang hijau pula memutuskan untuk menyediakan masakan mengikut resipi yang dibaca dalam buku masakan. Pada hari pertandingan, kumbang merah telah diumumkan sebagai pemenang kerana masakannya yang unik dan sedap. Kumbang merah berasa berpuas hati atas segala usaha yang telah dilakukannya. Kumbang merah berjaya membuka sebuah restoran dan mengajak kumbang hijau mengusahakan restoran itu bersama-sama.