
TELAGA AKLIAH
Kumpulan Puisi Telaga Akliah memuatkan 175 buah puisi yang menyentuh persoalan kemanusiaan sejagat khususnya terhadap nasib bangsa. Penyair berupaya memaparkan pengalaman yang terkesan daripada pancainderanya ke dalam bait-bait puisi yang dihasilkan.
Pemikiran yang cuba diangkat penyair di dalam kumpulan puisi ini, pertama: tanggungjawab penyair terhadap alam sekitar khususnya dari aspek keagamaan (Islam). kedua: penyair adalah golongan pencatat pengalaman yang dapat mewarnai perihal manusia melalui garapan puisi, dan ketiga: puisi adalah elemen dedaktik yang menjadi pilihan penyair untuk menyampaikan apa yang tersirat atau ketidakpuasan rasa terhadap perlakuan manusia.
Sebagai salah seorang penyair mapan, penulis berjaya mengemukakan bukti-bukti kukuh dan fakta-fakta yang sahih dalam kumpulan puisi ini yang dirungkai dengan penuh rasa kesedaran.
RM18.00
