Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KELUARGA PAHLAWAN

Penulis: Wan Yahya Wan Din

Keluarga Pahlawan mengangkat tema perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Novel ini mengisahkan Ammar, seorang wartawan dan pejuang politik tanah air yang berjuang bersama-sama isterinya, Samini, dan rakan-rakannya menuntut kemerdekaan tanah air daripada penjajah British. Konflik bermula apabila Ammar ditangkap oleh pihak berkuasa dan akibatnya dia terpisah daripada keluarganya. Dalam tempoh itu, Samini dan anaknya, Yuhainis, menghadapi pelbagai kesulitan hidup. Setelah dibebaskan, Ammar mencari keluarganya dan pada masa yang sama Samini an Yuhainis juga mencarinya tetapi tidak bertemu. Samini kemudiannya meninggal dunia dan Yuhainis dipelihara oleh gurunya, Cikgu Hasni. Kisah perjuangan Ammar diketahui melalui catatan Samini. Berjayakah Ammar bertemu semula anaknya? Karya ini dipersembahkan dengan teknik imbas kembali dengan gaya bahasa yang sederhana dan sesuai untuk semua lapisan pembaca.

Original price was: RM19.90.Current price is: RM16.92.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149026830101
No. ISBN
9789834902681
Tarikh Terbit
04 Mei 2016
Bil. Halaman (ms)
355
Penulis
Wan Yahya Wan Din
Berat (Versi Cetak)
0.32kg