41%

TIKAR MENGKUANG NENEK

RM13.00RM20.90

Padam
No. Produk: 9789834934279-jendela Kategori: ,

Penerangan

Cerita ini mengisahkan dua orang adik-beradik yatim piatu, iaitu Firdaus dan Humaira yang dipelihara oleh datuk dan nenek mereka. Pada mulanya, mereka kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya. Selepas itu, mereka diuji dengan kematian nenek yang sangat disayangi. Mereka meneruskan kehidupan dengan datuk mereka, Tok Wan Rusdi yang juga sangat menyayangi kedua-dua beradik itu. Namun begitu, Firdaus dan Humaira tidak disukai oleh ibu saudara mereka, Mak Su Ain yang menganggap ayahnya, Tok Wan Rusdi akan menyerahkan harta pusaka kepada Firdaus dan Humaira. Mak Su Ain bertekad akan memastikan harta pusaka jatuh ke tangannya. Hanya tikar mengkuang sahaja yang akan diserahkan kepada kedua-dua beradik itu. Tikar mengkuang itulah ubat kesedihan, mengusir kesepian Firdaus dan Humaira dan mengubat kerinduan mereka terhadap arwah nenek mereka. Firdaus yang sebelum ini merupakan seorang murid yang rajin terus berubah laku menjadi seorang yang kerap ponteng sekolah. Cikgu Alif, guru kelas Firdaus kerap memujuknya agar kembali semula ke sekolah memandangkan Firdaus berpotensi untuk berjaya dalam pelajaran. Sementara itu, Tok Wan Rusdi yang pada mulanya mencari pendapatan dengan menoreh getah, terpaksa diberhentikan kerja oleh tuannya. Tok Wan Rusdi meneruskan usaha arwah isterinya dengan menganyam tikar mengkuang untuk dijual kepada peraih di Kota Bharu sebagai sumber pencarian untuk menampung keperluan persekolahan cucu-cucunya. Suatu ketika, Firdaus dan Humaira diuji lagi apabila Tok Wan Rusdi meninggal dunia. Sejak itu, Mak Su Ain semakin membenci anak-anak saudaranya itu lebih-lebih lagi apabila harta pusaka keluarga diwasiatkan kepada Firdaus dan Humaira. Mak Su Ain hanya mewarisi dua petak sawah sahaja. Firdaus yang berusaha melawan kesedihan di hatinya akhirnya bangkit semula dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru. Akhirnya, Cikgu Alif membuat keputusan untuk menjaga kedua-dua beradik itu setelah berkahwin. Mak Su Ain yang tamak haloba telah ditinggalkan oleh suami dan anak-anaknya. Dia cuba mencuri geran tapak rumah dan cincin permata zamrud yang diwasiatkan oleh arwah ibunya kepada Humaira. Tatkala sedang mencari-cari geran tapak rumah di bilik arwah ibunya, dia ditimpa kecelakaan apabila puluhan tikar mengkuang anyaman arwah ibunya jatuh menghempap kakinya. Humaira yang pada ketika itu terlihat kejadian tersebut meminta bantuan orang kampung. Mak Su Ain kemudiannya insaf dan sedar akan perbuatannya yang menzalimi anak-anak saudaranya selama ini.

Maklumat

No. Produk
9789834934279
No. ISBN/ISSN
9789834934279
Muka Surat
231
Penulis
Ahmad Safarman Dollah
Saiz PDF
11 MB