5%

SIRI PENGUASAAN TATABAHASA BUKU 9: KATA TUNGGAL, KATA MAJMUK, KATA GANDA

RM7.60

Padam
No. Produk: 499320050201149294620101-jendela Kategori: ,

Penerangan

Siri Penguasaan Tatabahasa merupakan buku tatabahasa untuk murid sekolah. Buku
ini sangat bermanfaat kepada murid yang hendak menguasai tatabahasa bahasa
Melayu dengan cepat dan berkesan. Isi kandungan buku ini disampaikan dalam
bentuk pembelajaran kendiri bagi membolehkan murid menguasai tatabahasa
bahasa Melayu dengan mudah.
Perbincangan buku ini dimulakan dengan tajuk Kata Tunggal yang merupakan
asas kepada pembentukan perkataan bahasa Melayu. Dalam bahagian ini,
dikemukakan bentuk kata tunggal yang terbina daripada pelbagai variasi suku kata.
Kata tunggal berdasarkan jenis kata, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif
juga dijelaskan.
Tajuk seterusnya ialah Kata Majmuk, iaitu bentuk kata yang terdiri daripada dua
kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu makna tertentu. Pelbagai jenis
kata majmuk dihuraikan secara jelas berserta contohnya. Kata majmuk berimbuhan
dan kata majmuk ganda turut diterangkan.
Tajuk Kata Ganda pula membincangkan kata ganda penuh, kata ganda separa
dan kata ganda berentak. Penggandaan kata nama, kata kerja dan kata adjektif
juga diterangkan berserta contohnya. Persembahan isi kandungan buku ini
dipaparkan dalam bentuk grafik dan ilustrasi bagi memudahkan pemahaman murid.

Maklumat

No. Produk
499320050201149294620101
No. ISBN/ISSN
9789834929466
Tarikh Terbit
26 Mac 2021
Penulis
DR. SITI HAJAR BINTI ABDUL AZIZ
Saiz PDF
58 MB