Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI PENGHAYATAN PUISI TRADISIONAL: KENALI PUISI TRADISIONAL KITA

Penulis: Siti Zaleha M. Hashim

Puisi tradisional merupakan cabang daripada Kesusasteraan Melayu yang diwariskan kepada masyarakat dalam bentuk tradisi lisan dan tulisan. Puisi yang terhasil dalam pelbagai bentuk mempunyai falsafah untuk melahirkan pemikiran baharu yang sesuai dengan zaman ketika itu. Pemikiran ini diungkapkan dengan hasil kreatif yang menarik dalam bentuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa lengkap, teromba, talibun, prosa berirama, mantera dan dikir. Buku Kenali Puisi Tradisional Kita mengajak pembaca mengkaji dan memahami falsafah dan fungsi setiap puisi tradisional sebagai satu alat komunikasi masyarakat dahulu dan menyesuaikannya dengan masyarakat moden.

RM8.00

Butiran Produk

No. Produk
899522111793102
No. ISBN
9789834611798
Tarikh Terbit
05 Dis 2013
Bil. Halaman (ms)
80
Penulis
Siti Zaleha M. Hashim
Berat (Versi Cetak)
0.12kg