SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI: PERISTIWA DI RUMAH SYAKIR
Peristiwa di Rumah Syakir diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 10: Syarat Doa Dimakbulkan”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.
Peristiwa di Rumah Syakir mengisahkan rumah keluarga Syakir telah dimasuki
pencuri. Sejak itu, Syakir dan rakan-rakannya berasa bimbang untuk bermain. Lalu, penduduk taman perumahan Syakir dan rakan-rakannya mula berikhtiar. Mereka juga memohon perlindungan daripada Allah agar keadaan kembali aman. Dapatkah Syakir dan
rakan-rakannya kembali bermain seperti biasa?
Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor.
Original price was: RM6.00.RM5.70Current price is: RM5.70.


