SIRI PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM AL-NAWAWI HADIS 16: EHSAN DI KEDAI SERBANEKA
Ehsan di Kedai Serbaneka diolah dan dipersembahkan untuk bacaan kanak-kanak berdasarkan “Hadis 16: Hindari Sifat Marah”, iaitu satu daripada hadis dalam himpunan Hadis 40 Imam al-Nawawi. Buku ini menerapkan nilai-nilai positif dan pengajaran dalam membentuk akhlak generasi muda Islam yang lebih baik.
Ehsan di Kedai Serbaneka mengisahkan Ehsan dan kakaknya, Fatimah pergi ke kedai serbaneka bersama-sama mak teh mereka untuk membeli barang keperluan. Setibanya di sana, Ehsan mahu membeli dua barang permainan, namun kakaknya mengingatkan dia akan pesan ibu untuk membeli hanya satu barang. Bagaimanakah reaksi Ehsan terhadap nasihat kakaknya?
Siri ini hasil penulisan kumpulan penulis yang berkelulusan dalam bidang agama melalui Bengkel Siri Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi di Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Original price was: RM6.00.RM5.70Current price is: RM5.70.

