5%

SIRI OH, BEGITU CARANYA!: REKA BENTUK MAKANAN

RM19.00RM20.00

Padam
No. Produk: 9789834933951-jendela Kategori: ,

Penerangan

Siri Oh, Begitu Caranya! mengandungi beberapa judul buku dan dicadangkan oleh penulis sebagai buku sokongan pendidikan dan bahan bacaan tambahan untuk buku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku teks RBT diterbitkan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid dalam membuat reka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan teknologi yang mudah dan bermakna bagi melahirkan generasi alaf baharu yang dapat mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri. Oleh sebab itu, judul bersiri ini diperkenalkan untuk membantu murid dan guru bagi menambahkan pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap kandungan buku teks yang agak terhad. Kesemua judul dalam siri ini mempunyai format persembahan yang sama dengan mengagihkannya kepada dua bahagian. Pertama, pembaca dihidangkan dengan maklumat tambahan yang tidak sama dengan maklumat dalam buku teks. Kedua, pembaca didedahkan dengan proses langkah demi langkah dalam menghasilkan sesuatu produk. Proses tersebut bermula daripada menjanakan idea, membuat lakaran reka bentuk bermaklumat, menilai lakaran, membuat penambahbaikan, mengira kos bahan, menghasilkan produk dengan teknologi yang dipilih dan akhir sekali membuat pembentangan. Bagi judul manuskrip “Reka Bentuk Makanan” ini, kanak-kanak ditunjukkan cara menghasilkan reka bentuk makanan untuk sarapan yang mudah diikuti oleh mereka. Selain itu, sebagai ilmu tambahan yang tiada dalam buku teks, penulis menyelitkan maklumat tentang peralatan untuk membuat reka bentuk makanan seperti alat pengupas, alat pengukir, pisau cef, pisau raut dan lain-lain.

Maklumat

No. Produk
9789834933951
No. ISBN/ISSN
9789834933951
Muka Surat
48
Penulis
Mohd Rahim Mohd Sharif
Saiz PDF
30 MB