15%

SIRI KAJIAN PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA : PEMIKIRAN SASTERAWAN NEGARA USMAN AWANG

RM38.25

Padam

Penerangan

Buku Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang merupakan himpunan kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang pada tahun 2006. Seminar yang membawa tema “Membina Peradaban Sastera Kebangsaan” ini memberi ruang kepada para sarjana sastera dan intelektual tempatan mengupasa serta menganalisis karya-karya Usman Awang dari pelbagai sudut. Antaranya, pembicaraan terhadap karya-karyanya dengan penerapan teori, pembicaraan idealisme Usman Awang dalam penghasilan karyanya, dan pembicaraan Usman Awang dalam peribadinya sebagai pengarang, editor dan sahabat. Sebanyak 27 kupasan dan analisis yang telah dihasilkan dan dimuatkan dalam buku ini. Antara karyanya yang menjadi tumpuan ialah “Jentayu yang Luka”, “Tamu di Bukit Kenny”, “Muzika Uda dan Dara”, “Matinya Seorang Pahlawan”, “Dirinya”, “Kami yang Terlibat”, Degup Jantung, Salam Benua dan Tulang-tulang Berserakan.

Maklumat

No. Produk
899521105154102
No. ISBN/ISSN
9789834605155
Tarikh Terbit
20 Mac 2015
Muka Surat
573
Penulis
Pengenalan oleh: Anwar Ridhwan
Berat (Versi Cetak)
0.75kg