15%

SIRI KAJIAN NASKHAH KESULTANAN MELAYU: KESULTANAN MELAYU PERAK

RM51.00

Padam

Penerangan

Tradisi penulisan naskhah Melayu merupakan satu tradisi yang diusahakan oleh golongan raja dan bangsawan sebagai dokumen kebijaksanaan pemerintahan beraja zaman silam. Setiap hasil tulisan penulis zaman silam, pengalaman, petua, etika, peraturan dan undang-undang, di samping asal usul sesebuah negeri, susur galur keturunan raja dan kerabat-kerabatnya, sejarah, ekonomi, bahasa, sastera, budaya dan agama merupakan bukti kehebatan genius Melayu dari dahulu sehingga sekarang. Kesultanan Melayu Perak merupakan dokumen penting untuk rujukan bangsa Melayu dalam melestarikan khazanah warisan bangsa zaman silam yang mengkaji kuasa politik raja-raja Melayu, khususnya di negeri Perak. Turut dipaparkan dalam judul ini ialah sejarah kegemilangan kesultanan Perak, salasilah raja-raja, politik pemerintah, hasil persuratan dan kesenian dan kajian yang tuntas tentang penemuan baharu berhubung dengan hasil sastera dan bahan sejarah zaman kesultanan Perak. Buku ini sarat dengan ilmu dan pemikiran Melayu

Maklumat

No. Produk
959320050201349186740101
No. ISBN/ISSN
9789834918675
Muka Surat
386
Penulis
Harun Mat Piah
Berat (Versi Cetak)
0.58kg