15%

HIKAYAT SIAK: LEGASI TRADISI GEMILANG KESULTANAN MELAYU-ISLAM EDISI KEDUA DISURATKAN OLEH TENGKU SAID (K/L)

RM46.75

Padam

Penerangan

Buku ini mensinkronisasikan dua disiplin penyelidikan dan penulisan, iaitu filologi dan sejarah. Dalam bidang filologi, manuskrip yang bercorak sejarah dan undang-undang ini dialih aksara daripada ortografi asalnya, iatu Jawi ke Roman.

Seterusnya teks-teks ini dirujuk dan dianalisis secara filologikal, justeru bukan sahaja untuk memberikan pembacaan yang sedefinitif mungkin, malah dihayati kandungannya untuk menggarap dan mewacanakan kesejarahannya dalam perimeter historiografi Melayu. Manuskrip yang menjadi teks ini ialah Hikayat Siak, Syair Perang Siak, Syair Raja Siak dan Bab Alqawaid.

Daripada kandungannya inilah diangkat dan dianalisis menjadi naratif dan sumber sejarah, iaitu sejarah Kesultanan Siak Sri Inderapura. Perihal Kesultanan Melayu-Islam yang wujud antara tahun 1723 hingga tahun 1945 di Propinsi Riau, Sumatera Timur, Indonesia ini dipaparkan dari segi intrinsik kesultanan ini dan kepetualangan serantau para elit dan tokohnya.

Maklumat

No. Produk
899320000201149037040201A
No. ISBN/ISSN
9789834903701
Tarikh Terbit
03 Jan 2017
Muka Surat
579
Penulis
Muhammad Yusoff Hashim
Berat (Versi Cetak)
0.86kg