SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA

RM35.00

Padam

Penerangan

Buku Sejarah Perisikan di Malaysia ini membincangkan berbagai aspek berkaitan perisikan yang telah berlaku di negara ini. Hal ehwal dunia perisikan seperti aktiviti ejen perisikan, penyuluhan, tipu helah, sabotaj, subversif mahupun propaganda akan disentuh dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini. Setiap bab melihat secara terperinci kisah-kisah sejarah perisikan. Meskipun kisah-kisah ini lebih merupakan kisah sejarah, namun dari sudut pengisiannya, ia masih sangat relevan dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti bidang sejarah, pengajian strategik dan pertahanan, keselamatan dan hubungan antarabangsa. Buku ini juga boleh menjadi bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan horizon pengetahuannya.

Maklumat

No. Produk
327521112664101
No. ISBN/ISSN
9789834912665
Tarikh Terbit
02 Dis 2014
Muka Surat
478
Penulis
Azharudin Mohamed Dali
Berat (Versi Cetak)
0.62kg