Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

SIRI DIALOG BAHASA II: KONSEP KESALAHAN BAHASA-DALAM- BAHASA MELAYU

Penulis: Awang Sariyan

Bahasa Melayu sedang berkembang dengan pesatnya. Kepesatan perkembangan bahasa Melayu ini menimbulkan keperluan ahli-ahli bahasa dan agensi-agensi yang terlibat dalam perancangan bahasa menyalurkan maklumat tentang perkembangan itu kepada masyarakat pengguna bahasa. Sehubungan dengan ini, timbul persoalan tentang cara penyaluran maklumat yang berkesan kepada masyarakat tentang bahasa sebagai unsur yang paling rapat dengan kehidupan mereka. Mudah-mudahan konsep-konsep bahasa yang sering kali dianggap sukar difahami dan kurang menarik perhatian masyarakat umum dapat disampaikan dengan cara yang mudah dan menarik minat melalui siri ini. Siri ini memuatkan persoalan-persoalan bahasa yang sering timbul, baik tentang konsep-konsep tertentu mahupun tentang pelaksanaan sesuatu konsep bahasa dalam masyarakat, seperti isu perancangan dan pembakuan bahasa, tatabahasa dan masalah penggunaan bahasa di kalangan masyarakat.

Original price was: RM8.00.Current price is: RM6.80.

Butiran Produk

No. Produk
499521145754203
No. ISBN
9789836245755
Tarikh Terbit
29 Mei 2015
Bil. Halaman (ms)
46
Penulis
Awang Sariyan
Berat (Versi Cetak)
0.07kg