Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

SIRI CERITA KELUARGA BAHAGIA: MENAIKI KAPAL TERBANG

Menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak memerlukan bahan bacaan menarik, didik hibur dan mampu memperluas penerokaan ilmu dan bahasa. Buku siri ini ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah difahami, dan disertakan dengan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

Buku ini juga dihiasi dengan ilustrasi yang menarik, serta mampu menggambarkan situasi yang dilalui oleh watak-watak yang diperkenalkan oleh penulis. Selain itu, bahasa isyarat yang diperkenalkan dan digunakan dalam buku ini membolehkan kanak-kanak normal yang membacanya menjadikan KTBM sebagai “jambatan” kasih sayang dengan kanak-kanak pekak, di samping merasai pengalaman yang diceritakan oleh penulis.

Buku ini sesuai dibaca oleh ibu bapa bersama-sama anak mereka bagi meningkatkan keupayaan penguasaan bahasa dan ilmu bahasa Melayu.

Buku ini juga wajar diletakkan di rak buku perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam.

Price range: RM22.00 through RM36.00

No. Produk: 419320050201149517720101-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
419320050201149517720101
No. ISBN
9789834951771
No. eISBN
978-983-49-5567-0
Tarikh Terbit
15 Ogo 2025
Berat (Versi Cetak)
0.08kg
Saiz PDF
6 MB