SIRI CEMERLANG DEWAN: BUKU KERJA TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 2

RM15.00

Padam

Penerangan

Siri Cemerlang Dewan: Buku Kerja Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 2
merupakan buku yang menjadi pelengkap buku teks Bahasa Melayu Tahun 2
SJK, KSSR Semakan. Buku ini ditulis melalui pelbagai teknik dan cara
berkesan untuk membimbing murid menguasai kemahiran tatabahasa
bahasa Melayu. Latihan yang terkandung dalam buku kerja ini
ialah latihan bentuk dan penggolongan kata, pola ayat dan jenis-jenis ayat.
Di samping itu, aktiviti pembelajaran tatabahasa melalui penggunaan
petikan, situasi dialog dan latihan bina ayat juga disediakan supaya murid
dapat menguasai tatabahasa dengan lebih yakin. Buku kerja ini juga mengandungi soalan-soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT), konsep I-Think dan permainan bahasa yang dapat
membimbing murid meningkatkan keupayaan menjana idea, kemahiran
menyelesaikan masalah serta merangsang murid belajar dengan lebih
berkesan seperti yang dikehendaki dalam alam Pembelajaran Abad ke-21.

Maklumat

No. Produk
499320030201149326520101
No. ISBN/ISSN
9789834932657
Tarikh Terbit
29 Nov 2021
Muka Surat
76
Penulis
Yeo Kok Keong, Lau Jing Jing, Wong Siew Lee, Ng Pei Ling
Berat (Versi Cetak)
0.19kg