SENI REKA PERINDUSTRIAN DARIPADA IDEA KEPADA LAKARAN

RM40.00

Padam

Penerangan

Dalam buku “Seni Reka Perindustrian daripada Idea kepada Lakaran” ditekankan teori, elemen dan prinsip asas serta peraturan lakaran reka bentuk dengan penulisan. Contoh ilustrasi banyak dipaparkan supaya semua penerangan dapat difahami dan diusahakan oleh pembaca khususnya program seni reka perindustrian, ahli akademik, penyelidik, pereka bentuk amatur mahupun pereka profesional yang berkhidmat dalam sektor industri. Walaupun terdapat sesetengah pereka bentuk yang lebih gemar menggunakan bahan digital dalam seluruh proses lakaran reka bentuk, proses melakar secara manual sebenarnya lebih efektif. Lakaran secara manual boleh dilakukan oleh pereka bentuk sehingga tiada hadnya. Pereka bentuk boleh mengolah idea walaupun di atas kertas tisu. Buku ini dapat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran lakaran bidang seni reka perindustrian.

Maklumat

No. Produk
745320050201146153340103
No. ISBN/ISSN
9789834615338
Tarikh Terbit
20 Feb 2018
Muka Surat
138
Penulis
Shahriman Zainal Abidin, Mohamad Hariri Abdullah, Zaidi Yusoff
Berat (Versi Cetak)
0.41kg