PENGANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI BERSEPADU

RM10.00

Padam

Penerangan

Aspek komunikasi sangat penting dalam dunia
teknologi maklumat atau siber pada masa kini.
Komunikasi yang cemerlang berupaya menyampaikan
maklumat dengan tepat dan sesuai pada masanya.
Ketepatan dan kepantasan penyebaran maklumat
sangat penting bagi sesebuah organisasi, terutamanya
yang terlibat dalam dunia perniagaan. Hal ini
memerlukan medium komunikasi yang baik dan
berkesan untuk persaingan lebih sihat di pasaran.
Teknologi komunikasi bersepadu merupakan
sebahagian daripada sistem maklumat yang terdiri
daripada lima
sumber utama, iaitu
perisian,
perkakasan, data, rangkaian dan manusia. Maka,
teknologi komunikasi bersepadu berperanan sebagai
salah satu sumber rangkaian komputer bagi sesebuah
sistem maklumat.
Buku ini akan merungkaikan aspek asas dalam
perkembangan teknologi komunikasi bersepadu yang
boleh diaplikasikan dalam pelbagai peringkat dan
bidang pengurusan bagi meningkatkan produktiviti
dan kualiti kehidupan pada masa kini.

Maklumat

No. Produk
384320050201146160140101
No. ISBN/ISSN
9789834616014
Tarikh Terbit
28 Dis 2017
Muka Surat
96
Penulis
Firkhan Ali Hamid Ali
Berat (Versi Cetak)
0.14kg