SASTERAWAN NEGARA S. OTHMAN KELANTAN: PERWIRA
Setelah gugurnya Tuk Janggut dan jenazahnya
digantung berhari-hari oleh penjajah British,
terdapat cerita mulut daripada saksi mata yang
menceritakan bahawa ada seorang pemuda
pengikut Tuk Janggut yang digiring oleh serdadu
Gurkha dan dihukum tembak. Pemuda inilah
antara beberapa pengikut Tuk Janggut yang
terus melancarkan perang gerila terhadap
penjajah British. Pemuda ini ialah Awang Teleng,
wira tidak didendang yang tidak pernah tertulis
dalam sejarah perjuangan Tuk Janggut melawan
penjajah British. S. Othman Kelantan yang
memperoleh cerita tentang pemuda bernama
Awang Teleng daripada seorang wanita tua yang
ketika itu berusia awal belasan tahun, iaitu saksi
mata kepada pemuda yang digiring itu telah
melengkapkan sebuah novel epik perjuangan
pengikut Tuk Janggut menjadi kisah kesatria
yang sangat mendebarkan.
Original price was: RM32.00.RM27.20Current price is: RM27.20.


