15%

PULAU RENIK UNGU

RM21.25

Padam

Penerangan

Pulau Renik Ungu lahir daripada pengalaman, pemerhatian dan pergaulan penulis sepanjang perjalanan hidupnya, dan bertemu dengan pelbagai ragam dan manusia seperti Har Suyin, Garing Young, A. Samad Said dan Arena Wati. Memang dunianya adalah ‘kembara’ sejak kecil. Pada usia sembilan tahun lagi Siti Zainon telah menampakkan keberanian dan keyakinan diri apabila dia bersendirian menaiki kereta api semata untuk mengunjungi ibunya di Kota Bharu. Begitu dia terkesan ketika menyeberangi Banyuwangi untuk ke Pulau Dewata. Seterusnya dia berlegar dari pulau ke pulau. Pengalaman belayar di Laut Baltik menyebabkan dia kembali belayar untuk menyeberang Laut China Selatan pula. Melalui pengalaman belayar ini, dia merakamkan pelbagai khazanah sejarah: melalui tutur ibu, cebisan-cebisan catatan daripada fail ayah, dia cuba membongkar rahsia kehidupan sahabatnya.

Maklumat

No. Produk
89971085103
No. ISBN/ISSN
9789836244352
Tarikh Terbit
24 Mac 2015
Muka Surat
337
Penulis
SITI ZAINON ISMAIL
Berat (Versi Cetak)
0.30kg