POTENSI WAKAF PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

RM15.00

Padam

Penerangan

Buku Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia ini mengetengahkan wakaf sebagai alternatif kaedah pembiayaan untuk tujuan pendidikan di institusi pendidikan tinggi. Buku ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mendalami persoalan berkenaan dengan wakaf pendidikan tinggi. Penulisan buku ini juga dihasilkan dalam gaya bahasa yang mudah disertakan dengan kaedah penyelidikan data sekunder dan bahan-bahan yang berkaitan dengan konsep wakaf tersebut. Semoga penghasilan buku ini berupaya menggalakkan umat Islam berwakaf sekali gus mendidik masyarakat akan kepentingannya.

Ahmad Shaifful Anuar bin Ahmad Shukor dilahirkan di Miri Sarawak. Meneruskan pengajian pada peringkat Diploma dan Ijazah di Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam bidang Perbankan (2005) dan Kewangan (2008). Kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam (2012). Penulis pernah berkhidmat dalam sektor perbankan & kewangan di Malaysia.

Maklumat

No. Produk
3785211001584101
No. ISBN/ISSN
9789834901585
Tarikh Terbit
27 Mei 2015
Muka Surat
151
Penulis
Ahmad Shaifful Anuar Ahamd Shukor
Berat (Versi Cetak)
0.23kg